Effective Date: 05 May 2018

Pengawal data yang tertera dibawah adalah bertanggungjawab keatas pengumpulan dan pemprosesan maklumat peribadi anda:

Nama EntitiNombor Pendaftaran
Organon Malaysia Sdn. Bhd.
Mercu 2, Level 40, Office 39-W022,  
No 3 Jalan Bangsar, KL Eco City,  
59200 Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Malaysia  

198101007011
  1. Dasar Perundangan untuk Pemprosesan Data:

Kami memproses maklumat peribadi untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di dalam our Dasar Privasi kami.

Dasar perundangan bagi memproses maklumat peribadi merangkumi pemprosesan yang:

  • Diperlukan untuk melaksanakan kontrak diantara anda dan pihak syarikat (Pengawal Data) yang tertera di atas;
  • Diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan yang diminta oleh anda dan untuk mengenalpasti dan mengesahkan identiti anda untuk membolehkan anda menggunakan laman web kami;
  • Diperlukan untuk mematuhi keperluan perundangan (sebagai contoh, untuk mematuhi peraturan perakaunan yang dikenakan, dan membuat penzahiran yang wajib kepada pihak penguatkuasa);
  • Diperlukan untuk keperluan perniagaan yang sah, sebagai contoh, untuk menguruskan hubungan perniagaan kami dengan anda; memastikan keselamatan, memperbaiki laman web kami dan produk serta perkhidmatan kami atau untuk keperluan peraturan seperti farmakovigilans;
  • Berdasarkan keizinan anda yang berkaitan dan dikehendaki oleh peraturan (sebagai contoh, untuk berkomunikasi dengan anda tentang produk dan perkhidmatan kami dan menyediakan maklumat pemasaran kepada anda).

Sekiranya berkaitan, keizinan anda boleh dibatalkan pada bila-bila masa dengan menggunakan mekanisma yang telah terbina di dalam mesej yang diterima atau dengan menghubungi Global Privacy Office. Walaubagaimanapun, pembatalan izin anda tidak akan memberi kesan kepada apa jua pemprosesan yang telah dilaksanakan dengan sah sebelum pembatalan izin tersebut dibuat.

Di dalam sesetengah keadaan, anda mungkin diperlukan untuk memberi maklumat peribadi yang disebutkan diatas untuk membolehkan pihak kami menyediakan semua produk dan perkhidmatan kami kepada anda, termasuk untuk membolehkan anda menggunakan kemudahan-kemudahan di laman web kami.

  1. Pemindahan Maklumat Peribadi ke Luar Negara:

Maklumat peribadi anda mungkin dizahirkan kepada entiti-entiti Organon yang lain dan juga pihak ketiga yang berada di Amerika Syarikat dan lain-lain negara diluar Kesatuan Eropah (“EU”) atau Kawasan Ekonomi Eropah (“EEA”) sekiranya perlu, termasuk negara yang mungkin tidak memberikan perlindungan data pada taraf yang sama seperti di negara asal anda. Kami telah menyediakan perlindungan dan mekanisma pematuhan yang sewajarnya untuk memastikan maklumat peribadi anda dilindungi mengikut keperluan dan hak anda dihormati; seperti yang ditakrifkan; Binding Corporate Rules (BCR), USA/ Swiss Privacy Shield Certification atau klausa perlindungan maklumat peribadi yang diluluskan oleh EU. Selain itu, penerima-penerima maklumat peribadi anda telah diikat dengan tanggungjawab kerahsiaan melalui rangkakerja perundangan yang mengikat. Maklumat lanjut tentang langkah-langkah ini dan juga berkenaan hak anda yang dilindungi boleh diperolehi dengan menghubungi Global Privacy Office.

  1. Pemprofilan (Profiling) dan Pembuatan Keputusan Automatik (Automated Decision Making):

Kami akan memaklumkan anda bila menjalankan mekanisma pemprofilan untuk menyesuaikan maklumat yang kami sediakan kepada anda atau bila kami menggunakan teknologi pembuatan keputusan automatik untuk menyokong aktiviti pemprosesan data kami. Sekiranya berkaitan, anda boleh memperolehi lebih maklumat tentang mantik (logik) yang digunakan untuk pembuatan keputusan automatic tersebut dengan menghubungi kami di Global Privacy Office. Anda juga bebas untuk melaksanakan hak anda untuk membantah atau memohon Organon mendapatkan khidmat pakar untuk mengkaji semula keputusan tersebut.

  1. Hak-hak Anda:

Di samping hak anda untuk mengakses dan membuat pembetulan maklumat, anda juga berhak, selaras dengan peruntukan undang-undang berkaitan, untuk membuat bantahan atau mengarahkan pemprosesan maklumat peribadi anda, dan juga berhak mengarahkan pemadaman dan kemudahalihan maklumat peribadi anda. Semua permohonan perlu dikemukakan dengan menghubungi Pejabat Privasi Global di Global Privacy Office.

Pautan ke Global Privacy Office ini juga boleh digunakan untuk membuat pertanyaan dan/atau mengemukakan aduan berkenaan pemprosesan data peribadi atau menuntut hak-hak spesifik yang diberikan oleh mana-mana BCR Organon seperti yang dinyatakan di dalam Dasar Privasi kami.

Sekiranya anda mempunyai apa-apa kemusykilan tentang penggunaan maklumat peribadi anda oleh kami ataupun terhadap tindakbalas kami kepada apa jua pelaksanaan hak-hak anda, anda boleh mengemukakan aduan kepada badan pengawas maklumat peribadi di negara anda ataupun ke mahkamah jika berkenaan.